Friday, 28 October 2011

Gelenggang

Gelenggang
Cassia alata
Caesalpinaceae
Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah(setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi. campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap tersebut.Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang.Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja. Untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus(rahim). Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas disesetengah negara Amerika selatan. Air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria
**Amaran, perempuan mengandung,menyusukan akan dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya.Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.






Gandarusa

Nama Biasa : Gandarusa
Nama Saintifik : Gandarussa valguris
Keluarga : Acanthaceae
Kegunaan :
Mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul.cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum.Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam.Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga. 


 Gandarusa Hitam

Gandarusa Putih

Dukung Anak

Nama Biasa : Dukung Anak
Nama Saintifik : Phyllanthus niruri
Keluarga : Euphorbiaceae
Kegunaan :
Demam kuning / jaundis, hepatitis, darah tinggi, cirit-birit





Derhaka Mertua / Celaka Mertua


Nama Biasa : Derhaka Mertua / Celaka Mertua
Nama Saintifik : Plumbago zeylanica L
Keluarga : Plumbaginaceae
Kegunaan :
Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya.Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid. Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati




Tuesday, 25 October 2011

Cemamak

Nama Biasa : Cemamak
Nama Saintifik : Micromelum minutum
Keluarga : Rutaceae
Kegunaan : Ulaman, lepas bersalin, buang angin, lenguh-lenguh





Kana

Nama Biasa : Kana
Nama Saintifik : Canna
Keluarga : Cannaceae
Kegunaan :
Ragam Khasiat dari akar kana
1. Jerawat
Sediakan sekitar 100 gram akar kana segar, bersihkan, dan rebus dalam 250 ml air. Biarkan sampai mendidih, lalu saring. Air rebusan akar kana ini dapat dipakai sebagai masker untuk wajah yang ditumbuhi jerawat.
2. Sakit Kuning
Sediakan sekitar 100 gram akar kana segar, bersihkan, dan rebus dalam 250 ml air. Biarkan sampai mendidih, lalu saring. Air rebusan akar kana ini diminum ketika masih hangat, setiap pagi dan petang. Lakukan secara rutin selama 3-4 minggu.
3. Luka
Untuk mengubati luka, ambil 50 gram akar kana dan 25 gram bunga kana kering. Campur kedua bahan tersebut dan lumatkan, lalu tambahkan sedikit air masak. Tempelkan bahan tersebut pada bahagian tubuh yang luka.








Buas-Buas

Nama Biasa : Buas-buas
Nama Saintifik : Premna faetida
Keluarga : Verbenaceae
Kehunaan : Buang angin, buang cacing, menambahkan susu badan




Bunga Raya

Nama Biasa : Bunga Raya
Nama Saintifik : Hibiscus Rosa Sinensis
Keluarga : Malvaceae
Kegunaan :
Bunga Raya Dan Daunnya Yg Ditumbuk Lumat:
-ditampal pd kulit untk merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas,beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit.
-daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu kening.
Bunga Raya Direbus Dgan Air Mendidih :
-boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
-boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.
Kudup Bunga Raya Yang Telah Dihancurkan Dicampur Dengan Garam:
-ditampal pd masalah bisul
Air Rebusan Kudup Bunga:
-boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan merawat bengkak salur kencing.
Daun Muda Dan Pucuknya:
-disapu pada peru ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.
Daun Bunga Raya Direbus Dlm Air Mendidih:
-boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
Akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
-boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dr hubungan seksual, melawaskan pembuangan air kecil   dan boleh dijadikan penawar racun.
-air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak.


Bunga Melur


Nama Biasa : Bunga Melur

Nama Saintifik : Jasminum Samb ac
Keluarga : Oleaceae
Kegunaan :
Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi. Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula. Ulang hingga berasa sedikit lega(sembuh). Untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu. Untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi. Untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.





Monday, 24 October 2011

Bunga Kenanga

Nama Biasa : Bunga Kenanga
Nama Saintifik : Cananga odorata
Keluarga : Annonaceae Annonaceae
Kegunaan :
Minyak ekstrak dari bunga kenanga (essential oil) digunakan dalam perubatan aroma terapi untuk menenangkan dan merelakskan jiwa terutamanya ketika PMS (pre-menstrual syndrome). ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan atau kekejangan yang berlaku ketika haid dan juga melancarkan kitaran haid.ia juga mampu menurunkan tekanan darah, boleh digunakan untuk mengubat darah tinggi. Minyak ini juga boleh digunakan untuk kegunaan kosmetik seperti mengurangkan garis penuaan, menggalakkan pertumbuhan sel baru, merawat jerawat, mengatasi masalah kulit kasar dan berminyak, menggalakkan pertumbuhan rambut, menghilangkan kelumumur. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan dan insomnia. Ia juga dikatakan boleh digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk (impoten) bagi lelaki dan frigid bagi wanita.ia juga dikatakan berkesan bila digunakan ketika demam biasa atau demam malaria bronkitis dan asma .Cara menggunakan: Untuk malaria dan asma, 3 kuntum bunganya yang telah dikeringkan dimasukkan kedalam segelas air panas yag mendidih dan ditutup,tapis dan minum apabila telah sejuk.untuk sesak nafas pula, segenggam bunga kenanga direbus dengan 2 gelas air bersama segenggam gula pasir hingga tinggal segelas air tapis dan minum airnya pagi dan malam.untuk bronkitis,segenggam bunga kenanga direbus dgn dua gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum pagi dan malam.Oleh kerana bunga ini mempunyai bau yang amat kuat, anda dinasihatkan agar tidak menggunakannya secara berlebihan kerana ini boleh mengakibatkan loya dan sakit kepala. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang persediaan herba.