Nama Biasa : Inai
Nama Sainstifik : Lawsonia
Inermis
Keluarga : Lythraceae
Kegunaan :
Inai, selain dari digunakan untuk memerahkan
kuku dan hiasan mempunyai nilai perubatan antaranya ia digunakan untuk:
1. Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas
melahirkan anak atau selepas
pembedahan). Caranya, untuk luka luaran, ambil
daun inai ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian
yang luka untuk
menghentikan pendarahan.Untuk luka bersalin dan pembedahan pula tujuh helai daun
inai
dimakan pagi dan petang dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
2. Untuk mengubat sakit perut pula daun inai direbus hingga mendidih didalam
bekas yang tidak ditutup,
airnya ditapis dan diminum.
3. Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin daun inai
direbus dan diminum 3 kali
seminggu.
4. Untuk mengubat penyakit kuning pada bayi yang baru lahir, daun inai
dicampurkan dengan air mandian
bayi.
5. Untuk melembutkan rambut pula, daun inai dikisar hingga lumat dan dipanaskan
sebentar kemudian
disapukan pada rambut, selain rambut menjadi lebih lembut ia
juga menjadi lebih berseri dengan warna
oren semulajadi dari daun inai.