Sunday, 15 April 2012

Inai


Nama Biasa : Inai
Nama Sainstifik : Lawsonia Inermis
Keluarga : Lythraceae
Kegunaan : 
Inai, selain dari digunakan untuk memerahkan kuku dan hiasan mempunyai nilai perubatan antaranya ia digunakan untuk:
1. Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas  

    pembedahan). Caranya, untuk luka luaran, ambil daun inai ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian  
    yang luka untuk menghentikan pendarahan.Untuk luka bersalin dan pembedahan pula tujuh helai daun  
    inai  
    dimakan pagi dan petang dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
2. Untuk mengubat sakit perut pula daun inai direbus hingga mendidih didalam bekas yang tidak ditutup,  

    airnya ditapis dan diminum.
3. Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin daun inai direbus dan diminum 3 kali  
    seminggu.
4. Untuk mengubat penyakit kuning pada bayi yang baru lahir, daun inai dicampurkan dengan air mandian
    bayi.
5. Untuk melembutkan rambut pula, daun inai dikisar hingga lumat dan dipanaskan sebentar kemudian  

    disapukan pada rambut, selain rambut menjadi lebih lembut ia juga menjadi lebih berseri dengan warna  
    oren semulajadi dari daun inai.

No comments:

Post a Comment